rss
email
twitter
facebook

Tuesday, June 15, 2010

iPhone 4 vs. iPhone 3GS

iphone 4gvs 3gs

Apple's claiming that the iPhone 4 represents the platform's biggest advance since the original model's intro back in 2007 -- but does the argument hold water? Follow the break for a comprehensive rundown of the key differences between the newest member of the iPhone model and last year's king of the hill, the 3GS!

                                                 4g                            3gs

                                                  iphone 4G                                           iphone 3GS

   

Price (on contract)

$199 16GB, $299 32GB

$99 8GB

Processor

Apple A4

600MHz, Cortex-A8 architecture

Display

3.5-inch IPS 960 x 640

3.5-inch 480 x 320, no IPS

Primary camera

5 megapixel AF with flash

3 megapixel AF

Secondary camera

VGA

No

Video recording

720p at 30fps, optional iMovie

VGA at 30fps, basic editing capabilities built-in

Cellular

Quadband GSM, pentaband HSPA

Quadband GSM, triband HSPA

WiFi

802.11b/g/n

802.11b/g

Orientation sensing

Accelerometer, compass, gyroscope

Accelerometer, compass

FaceTime video calling

Yes

No

SIM standard

Micro SIM

SIM

Battery life

Up to 7 hours talk time on 3G, 14 hours on 2G
Up to 10 hours data on WiFi
Up to 40 hours audio
Up to 10 hours video

Up to 5 hours talk time / data on 3G, 12 hours on 2G
Up to 9 hours data on WiFi
Up to 30 hours audio
Up to 10 hours video

Weight

137 grams / 4.8 oz.

135 grams / 4.76 oz.

Dimensions

115.2 x 58.6 x 9.3mm

115.5 x 62.1 x 12.3mm

 

 

p/s:: credit to http://www.engadget.com/

Tuesday, June 8, 2010

Iphone 4g

salam geng pepijoe.

entri kali ini aku pasal iphone 4g yang baru jer kuar untuk pasaran.. huh belum lagi puas pakai iphone 3gs da kuar yang baru. nak bace entri aku pasal iphone 3gs klik sini yerk. . lagi gempak lak tu..

 

iphone 4g amacam wow kan…

iphone 4g kali ini menjanjikan penambahbaikan yang mengujakan iaitu dengan

  • rekabentuk segi empat tanpa lengkung disetiap sudut
  • Band stainless steel yang direka di sekitar telefon sebagai sistem antena
  • camera VGA di depan untuk video call
  • kuasa bateri yang dipertingkatkan,
  • kamera 5MP dengan flash, 5x zoom (retina display)
  • perakam video HD
  • 7 jam untuk panggilan 3G, 6 jam browsing 3G, 10 jam browsing WiFi, 10 jam video, dan 40 jam muzik.
  • WiFi? Ini 802.11n
  • processor A4 yang digunakan pada ipad.

so pe yang korang fikir? harga?? harga bakal kite ketahui bila da masuk ke pasaran malaysia hujung bulan ini.. same2 tunggu ok..

Monday, June 7, 2010

minggu yang sibuk 2

salam geng pepijoe..

dalam sibuk2 nih dan lagi cilok2 nak wat post baru..heehee bab rs mcm da lame sangat da tak menaip.. gian lak rase. korang yang datang blog aku ni pun mesti da bosan bace cite aku kene tindih tu kan. kuikui..

minggu nih da start cuti sekolah dan tinggal la aku kat sekolah sorang bab aku bukannya cikgu okey.. banyak gile laptop n pc nak kene repair .. technician la katekan..

ade 2 berita gembira untuk aku bulan nih…

 

1. aku dapat sambung e-pjj degree kat uitm shah alam

pjjklik untuk pertumbuhan yang nomal..

  • IS221 - ( F - FLEXIBLE LEARNING PROGRAM )

    SARJANA MUDA SAINS PENGAJIAN MAKLUMAT (KEPUJIAN) (PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT)

  • kene pegi reg lak 20.06.2010 nih
  • mane nak cekau duit yuran nih
  • yeah dapat gak sambung lagi..alhamdulillah..

2. nuffnang aku da lebey rm50.. hahaha…


nuff

klik untuk pertumbuhan yang nomal..
  • dah bape bulan jadi blogger baru la ley cashout..
  • sape suruh malas nak BW.. (bz actually)
  • tq kat korang yang sokong aku..
  • ermmm nak amek ker nak simpan dulu erk duit nih??

 

p/s:: kene wat derma kilat untuk aku taw.. huhuhu

Wednesday, June 2, 2010

aku kene tindih

ok kali aku nak kongsi pengalaman aku ngan korang pasal kene tindih time tido. korang penah kena tak? kalau aku sendiri memang da banyak kali kena tindih ni..Oopss.. tapi still lagi teruna.. wo0o0o… 1st time kene tindih ni memang menakutkan sampai tukut nak sambung tido balik.. sudahnya esok memang ngantuk bab tak cukup tido.. takuttakut… apabila kita kene tindih ni badan terasa kaku dan tak boleh nak buat ape2 pun… nak menjerit pun tak terkeluar suara.. tul tak? penah sekali aku nak bukak mata bab nak tengak ae yang tindih aku tu tapi tak dapat..ceh macam berani jerk buat gitu…  hee

tindih2 kalau yang macam ni tindih ape la yang korang buat erk? haha

banyak cerita yang kita dengar bahawa yang menindih tu adalah makhluk halus tak kira la hantu, jin, syaitan ataupun orang itu sendiri.. hee.. dan ada juga yang menyatakan bahawa sebabnya kita rs tertindih itu adalah pengaliran darah dalam tubuh badan tidak sempurna..

tindih

ok kat sini aku ingin berkongsi ngan korang pasal kena tindih dari sudut perubatan moden yang telah menjalankan kajian..  ni pun aku google lepas aku kene tindih minggu lepas.. dasyat2.. 

 

Sleep-paralysis-causes

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila tim e2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).
Ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.... otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone)......
ok, otak kiter pun ader switch off button.... dipanggil reticular activating system RAS...... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate...
So, bila kita bangun, RAS switched on balik...... kita sedar fully awake state.... tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar....
Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full.. kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.... dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1.      tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2.      jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3.      sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)
4.      stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2
5.      pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal.... heheh extreme sgt contoh aku ni)
6.      orang yang ader penyakit narcolepsy

 

p/s:: trima kasih pada halaqah.net..

Tuesday, May 25, 2010

crocs ade kalimah ALLAh??

salam geng  pepijoe..

mungkin korang penah dengar pasal ni kan? pepijoe nak bincangkan kat sini bersama korang semua.

29059_129329957083135_100000183943222_364037_3361842_n ni logo yang di sambungkan menyerupai kalimah ALLAH

banyak rumours  yang menyatakan bahawa logo crocs ni ade persamaan dengan kalimah ALLAH dan yang pastinya crocs ni skang mejadi kegilaan para kanak-kanak, remaja dan jugak orang tua kat malaysia ni. aku pun ade sepasang.. tapi betul ke dakwaan ini ataupun ia hanya lah persamaan yang tidak disengajakan?

crocs_logo yang ni logo ori… ade persamaan ker? tak kot.

bagaimana pulak dari logo seekor buaya yang tersenyum macam nih boleh disambung-sambungkan menjadi kalimah ALLAH? klu sekali tengok mamang macam ada tapi kalau diperiksa dengan teliti adakah ia sama? pepijoe rasa tidak sama sekali.

hal ni same jugak macam kes coca-cola dulu kan. ingat tak?

mungkin hal ni wujud untuk mengotori cara pemikiran kita. apa yang jelas macam mana la huruf alif pun takde boleh diletakkan kat situ. kadang-kadang orang kita ni terlalu mengambil berat isu yang remeh temeh macam ni tapi bila hal yang wajib boleh pulak dipandang remeh..

 

p/s:: jangan mudah percaya dan jangan cepat melatah..

Sunday, May 23, 2010

gransazer tag aku…

salam kawan.. korang kenal tak ngan matt nih?? selambe jerk tag aku.. mmg nak kene si matt nih. hahaha.. terpakse la aku menjawab.. tp sal gransazer tuh aku tak bape berminat la so aku tak letak la erk..

konoha

Ada tugasan khas la plak. Urgent nampaknya.

Kena siapkan on the spot nih..haih..:Þ

10 fakta tentang aku

IMG_0391

- mohd hafizul bin ibrahim

- 24++

- orang kuantan tegar

- anak ke 2 dari 7 beradik

- tak hensem tp comel… lalala

- tak putih tapi manis..

- tak gemuk tak kurus

- rambut sikat tepi time kerja.. kdg2 spike..haha

- pemalu mcm semalu

- hatiku milik orang.. 


10 perkara menakutkan aku

- mati
- gagal dlm ape yg aku buat
- gaduh
- lipas
- bwk kete laju2
- eksiden
- jalan sorang2 dalam hutan time malam2
- lemas
- kene tinggal ngan awek
- tua..haha


10 perkara yang selalu aku sebut

- siyes??
- mcm tak caye saje
- minum jom
- bodola
- baby
- pain (naruto habis)
- zabimaru (koya bleach)
- lor
- eh
- hello (bz ngan tepon)


10 perkara yang amat bernilai bagi aku

- family
- awek aku
- BFF
- diri sendiri
- harta
- pengalaman
- ipong ku
- membe2 sekerja
- ilmu


10“pertama kali” dalam hidup aku

- duduk kat asrama mase form 1 jerk pastu lari blk…
- patah tangan sehari sblm percubaan UPSR.. nasib la tgn aku tak bengkok..tp result  hampeh
- dapat lesen time umur 18
- 1st time isi SPA kene panggil interview n trus dapat.. alhamdullilah
- belajar kat seberang selama 2 tahun
- men space shot…. mak aih.. tercabut buntut.. hahaha..taknak naik dah pasnih..

- ade laptop sendri

- naik mahkamah bab adik aku nye pasal. haish.
- pg puspakom taun nih.. 1st time tuh..haha

7 AHLI YANG TERPILIH

- akuvision

- nuraisyyah

- aesya

- wanie ogawa

- serol-nizam

- sofia

- tehr

P/S: kepada yg 7 org niih jgn lpe yerk jwb.. tak jwb mmg nak kene gigit tinge.haha..

Thursday, May 20, 2010

Ubat Hati

HATI.

Adalah seketul daging yang baik

Dia juga seketul daging yang busuk

Bila baik hatimu maka baiklah kamu

Bila jahat hatimu maka jahat lah kamu

Ubatkan hatimu dan bersehkan hati mu

Supaya kamu menjadi hamba ALLAH yang berhati-hati

Jika tidak kamu akan berbuat sesuka hati

INGATLAH.

Hati adalah Raja kepada tubuh

Memiliki Raja yang adil

Supaya sejahtera sekalian rakyat

Jangan sekali sekali berajakan Raja yang zalim

Nanti chelaka dan binasa Rakyat jelata

Bila berseh hatimu berseh hatimu dan tenang fikiranmu

Bila sehat hatimu sehat tubuhmu dan sehat perbuatanmu

INGATLAH

Selagi hatimu kotor selama itulah kamu menggemari perkara keji

Selama mana hatimu berpenyakit.

Selama itulah kamu merasa sakit dengan hawa – dengan maklok dengan dunia dan setan

Dan merasa senang dengan mungkar mungkar.

Itulah alamat hatimu kotor dan berpenyakit – itulah juga alamat kamu orang chelaka

Shulalkhatimah iayahuzubillah.

Hiaskan Wajah hatimu dengan sifat sifat yang terpuji

Kamu akan dipuji oleh ALLAH.

Jangan mencari kebencian dan kemarahan ALLAH dengan hati yang berseh

Dan dengan amalan yang soleh

Kamulah orang yang berbahagia dunia dan akhirat

Bila kamu semua berhati berseh – kamu akan mengirim Fatihah untok-ku.

 

 

p/s:: ini adalah peninggalan wasiat daripada arwah ayah kepada rakan sekerja pepijoe dimana arwah ayahnya telah meninggalkan nasihat ini untuk anak2 nya.. al-fatihah untuk allahyarham..

Tuesday, May 11, 2010

jom bersembang dengan pepijoe

salam kengkawan..

setelah sekian lamanya pepijoe menyepi, terasa rindu sangat berbelog. tapi masa tak mengizinkan.. bz sesangat. bertambah lak dengan masalah yang tak habis-habis. Terganggu lak emosi. memang da lame sangat dah tak buat entri. Ya Allah engkau permudahkan lah urusan hamba mu ini.. aminn..

so korang semua ape khabar? hope seme baik-baik semua. maklum la bila da lame tak Blogwalking nih traffic pepijoe tragis gile. memang sedih nak cakap tapi sape suruh malas blogwalking kan.. huhuhu..padan muke..

owkeh stop berleter okey pepijoe..

kat sini pepijoe nak invite korang untuk add pepijoe di YM dan skype yerk. jom la meramaikan list chat pepijoe yer kekawan..

 

ym

boleh la add pepijoe okey… passive_toxic@yahoo.com

 

skype

pepijoe85

 

p/s:: kerinduan amat sangat setelah lama menghilangkan diri.. :(

Tuesday, May 4, 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta Versi Pepijoe

salam geng pepijoe….

kalau tak kenal maka tak cinta.. sejarah aku berbelog ni memamg berkait rapat dengan sis Ermie Dahlia. kerana dia la aku terus jatuh cinta dan mengenali dunia blog ni dan wujud la pepijoe..

JBC 1[4] 1st time aku join contest..klik sini okey..

sesi orintasi

Sis dahlia atau nama sebenarnya Ermie dharlia bt Che Daud yang berasal dari Sungai Isap Kuantan Pahang dan bertugas sebagai guru math  A.K.A lilin yang membakar diri di SMK Tg Abdullah Pekan Pahang pada Jan 2007.dah nak masuk 3 tahun dah sis dahlia jadi warga pendidik..


Aku rase mesti korang tak taw yang Sis ni dulunya seorang engineer sebelum die beralih bidang ke bidang pendidikan. Engineer tu bukan la calang-calang orang nya..korang nak tengok sis dahlia kat skol tak??hehehe

^

^

^

^

DSC04329

cb teka mane 1 kak dahlia

my sifu

Sis Dahlia ni seorang yang aktif dan tak reti nak duduk diam.. ade jerk keje yang die nak buat. tapi 1 mende yang best pasal Sis ni die memang tak kedekut nak memberi tunjuk ajar kat aku. blog aku ade nuffnang haa die la nyer kerja..haha.. tq Sis dahlia..

korang penah tak ke blog Sis Dahila???

dahlia http://dahliajournal.blogspot.com/

sebab korang wajib lawat blog Sis Dahlia

  1. blog yang menarik
  2. padat dengan tips2 yang berguna terutamanya untuk newbie mcm aku
  3. penulisan yang bagus dan mudah untuk difahami
  4. informasi yang terkini..takyah beli surat khabar
  5. seorang yang aktif berblogwalking. kompem die akan lawat korang balik

sekian dari pepijoe yang kak sayangi…

 

p/s:: tetibe kering idea tapi papepun pepijoe tetap support akak.. wink2..

Friday, April 30, 2010

orang kaya bagi lembu…

salam geng blogger..

wahh bertuah tul aku kali ni sebab julung-julung kali nya ada orang kaya baru dari kg sg,isap bagi lembu.. lembu tu..bukan lebaga hokeyy..jimat balaja aku nak buat kenduri kawin nanti..trima kasih kat kak dahlia sebab memberanikan diri untuk memberi aku lembu..jantinanya masih samar lagi.. ingat kalau pagi esok lembu ni sampai aku nak cek dulu.. boleh buat baka lak.. haha kayo den….

lembuwasiat_thumb2ini die lembu yang diwasiat kan untuk aku.. gemuk molek nih

disebab kan kak dahlia dah beri lembu nih maka aku telah siapkan kandang untuk lembu nih.. baru la lembu ni ada masa depan yang cerah dan ada perlindungan..hahaha

 

kandanglembu

tadaaa… penat weh buat kandang nih…

 

Selain daripada kena jaga lembu ni bebaik, aku dikehendaki juga menjawab beberapa soalan sebagai bukti kasih sayang aku pada lembu ni..

1.Thank & link the person that gave you the cow (JGN LUPA COPY PICTURE SEKALI)

Thanks kepada kak dahlia yang berani berani memberi tanggungjawab ini kat pepijoe.. kene resign kerja la gni bab nak jaga lembu nih..

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active..hahaha

sedar tak sedar lembu aku ni dah membiak dengan pantas dan efisyen nye.. so aku nak pass la kat korang lak.. blajo2 la hidup cam orang kampung yerk..

  • awek cute yg ske ckp bullshit…l0veyd0veyd00.. haha jgn marah yerk
  • awek kembor sporting… anis hamzah
  • blogger yang slalu menjadi org pertama komen entri aku..wanie..haha
  • toke blackberry yang pemurah.. TTT
  • bro mario yang asyik mencari cendawan kat pankin..
  • bro cha,on yang hensem bergaya..
  • akuvision  macho dengan tag line bile aku menjaga lembu….eh da tukar ka

 

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat

- orang kaya yang pemurah.. tp yang pasti die slalu pening lalat bab tu la die wasiatkan lembu kat aku.. aduss. aku lak yang pening

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

- jarang tgk tv skang ni… klu tgk pun kat kedai makan jerk

- potong kuku

- sembang ngan mmb umah

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

- lidah lembu

- belalang.. masa blk kg kecik2 dulu.. dak kat kg yang ajor.. hahah

- tak hengat da wehhhh

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

- 476 org jerk….

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...

erm klu nak cite nih kene buat 1 entri bab panjang sgt. haha

pada geng2 yang dpt lembu nih blaja la menjaga lembu dengan ikhlasnya..haha >_<

Thursday, April 29, 2010

she is he.. awww

salam kengkawan..

wahh pepagi jumaat yang indah.. hati ngah senang rajin jer buat kerja..haha mcm biasa la masuk ofis buka FB dan Blog dulu.. haha dah jadi rutin harian pepijoe..

IMG_0079alamak bala datang

 

dah buka FB ley lak jadi geli geleman bile ade mamat yang berjiwa wanita memanggil ABG..walhal die tu tua dari aku.. DEMM.. dush2…eeiii..

aku tak salahkan dia klu nak berkawan tapi ada la cara kan.. memang aku suka berkawan tp bukan menggediks.haha.. sesama jantina lak tu.. yang tak tahan nya tu tuan badan tu lelaki tapi nama nak ala2 pempuan tulen gitu.. hadoi.. plzz la weh,.. aku bukan seperti yang ko sangka!!

bapoks panggilan abang sayang..

 

lepas kene sound br die paham… haishh..meremang jap…

 

 

p/s:: kepada ……… tabah dan kuatkan semangat untuk menjadi lelako sejati.. amin

Sunday, April 25, 2010

TAP TAP REVENGE 3

blogimg

bersiap sedialah menghanyutkan diri anda dengan Tap Tap revenge 3..

bagi pengguna IPHONE game ni boleh didownload terus secara free di itunes..

game keluaran topulous ini memang cool dengan  Peningkatan bermain online, di mana anda boleh mengacau  pihak lawan anda, melemparkan objek2 khas pada mereka dan banyak lagi. Anda kini boleh juga menghantar mesej peribadi, profil pengguna browsing, atau chat sambil menunggu perlawanan seterusnya bermula.

dianatara track2 lagu dari Blink 182, Fall Out Boy, Smashing Pumpkins, Foo Fighters, No Doubt, Tiesto, The Killers, Metallica, Megadeth, QOTSA, Weezer, AAR, AFI, Keith Urban, Crystal Method, dan Lynyrd Skynyrd dan banyak lagi yang di update setiap minggu..

 


* Membuat avatar anda sendiri yang unik. Tingkat, mata, dan prestasi memberikan status dalam permainan, dan juga membolehkan anda mengakses bilik eksklusif dan membeli permainan kekuatan khusus.


* game ini telah  ditambah ciri-ciri yang baru dan peilihan lagu yang  lebih banyak, dan ia juga termasuk Permainan Cepat 90-saat dan permainan Hangat.

panas panas panas

salam kekawan..

ape yang panas??

matahari

skang ni cuace mmg panas gile kan.. bahang trase sampai ke malam.. sampaikan kepala asyik pening2, mate pedih2.. aduhai.. sehari mandi pun sampai 3-4 kali..

headache

aku br jerk baik dr demam sampai nak jln2 kat blog2 kengkawan pun tak terdaye.. banyak gak la kerja yang tak dapat nak settle..

disebabkan aku ni kuat men panas so kulit pun da makin putih,. ahahaha.. yang tinggal hanya la manisnya..

black-and-white

amacam manis tak aku??

 

p/s:: so  panas2 ni jgn main panas n banykkan minum air k.. huhu

Thursday, April 22, 2010

100 yang ajaib

yeah.. kawan.. sape la nak jd folower aku yg ke 100 nih?? ade yang sudi?? hehehe

 

100

sedar tak sedar network makin besor n sbgai tuan umah kene la rajin2 mengupdate pape yang patut kan… br la geng2 tak baling telur...

brape pun jumlahnye aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik dr yang terbaik.. hehehe..

so cepat2 brebut yerk… jgn gado2 taw.. syg korang seme..

renung2 kan da slamat beramal..

Wednesday, April 21, 2010

Tahukah korang??

 

salam kawan…

kita dan web rangkaian sosial memang la tak dpt nak dipisahkan sebab kebanykan kita lebih suka berhubung dan bersosial melalui web rangkaian sosial.

erm banyak rupenyer web rangkaian sosial yang di bangunkan dan yang paling kita familiar adalah seperti FACEBOOK.

so kat sini aku list kan lagi 20 web rangkaian sosial yang wujud kat muka bumi yang mana boleh dilawati secara atas garisan (online) hakhak..

 

fb Myspace_Logo twitter

  1. Facebook.com
  2. Myspace .com
  3. Twitter
  4. Linkedln.com
  5. classmate.com
  6. Ning.com
  7. Bebo.com
  8. HI5.COM
  9. Tagged.com
  10. myyearbook.com
  11. Multiply.com
  12. freindster.com
  13. meetup.com
  14. Blackplanet.com
  15. Gaia online
  16. Piczo
  17. Orkut.com
  18. fotolog.com
  19. skyrock.com
  20. badoo.com

haaa.. pe macam? banyak tak?? kahkah.. so bersosial la sampai lebam erk.. tapi walaupun web-web sosial camni wujud janganlah kite lupa kepada tanggungjawab dan kehidupan seharian.. jangan la asyik hanyut bersosial sampai seme keje tak setel okeh dan orang yang tersayang terabai…ciao.

 

p/s:: sumber dipetik dari majalah pc april 2010.

Monday, April 12, 2010

PERHATIAN.

Hahaha.. mcm bgs jerk nak srh korang bace.. macam la korang nak amek tau pun kan…

ngan bersedih bab 14hb –18hb terpakse membawa diri jauh ke besut untuk menghadiri kursus BTN.. seminggu la tak dpt ngadap blog n  tak dpt blogwalking kat blog korang.. mesti korang rindu gle kat pepijoe ni kan (sila muntah) blweeekkk…

 

DSC03978 jauh termenung tu bang

so sepeninggalan aku seminggu ni rajin2 la dtg melawat sini yer geng. sokongan korang amatla dialu2kan.hehehe(meraih simpati abis)..

hurm pada sesiapa yang penah pg BTN tu sila la kongsi pengalaman korang yerk. sronok klu msg2 cerita pengalaman masing2 nih…

P/s:: baju pun tak kemas lagi.. adoi.. sesiapa nak tlg lipatkan baju?? nak bg singgit nih.. :P

Sunday, April 11, 2010

third week collection

assalamualaikum geng blogger semua.

entri kali ni aku nak share pasal aku punyer nuffnang status setelah 3 minggu menjadi blogger..huhu…

Untitled 3 minggu punye income

ok tak?? tp mmg tak ley lawan la geng2 otai tu.. tp rs2 3m minggu lagi bley la merasa kot.. hoho.. bkn ini yang menjadi ukuran tetapi sebagai pendorong untuk menjadikankan aku agar lebih berusaha untuk menjadi blogger yang lebih baik.. tol tak? so tq to all blogger yang merajinkan diri meng klik nuff aku.. tanpa korang sape la aku kan…

 

traffictraffic selepas 3 minggu aktif berbelog 

ni lak graf traffic aku untuk last month bersama korang. terkejut gak aku tgk. 1286 tu. ramai jugak yang datang untuk memberi sokongan dan membaca entri2 merapu aku tu. tq all..

came fromvisitor yang datang menjenguk 

macam biasa la majoriti dari malaysia iaitu korang semua.. yang tak tahan nyer dari india pun ade gak?? paham ker pe yang aku duk merapu tu?? hehehe…

 

folowerfollower aku 

yang ni yang aku paling sayang korang sebab sudi menjadi follower aku.. korang mmg sporting habis...semuanya dalam 3minggu. tq all..

 

p/s:: insyaallah sokongan dari korang takkan aku sia2 kan.. singgah2 slalu yerk… :x

Saturday, April 10, 2010

anak bodo.. ayah pun bodo.. episode 2

salam geng..


wah ade sambungan lagi cite lepas geram nih?? macam drama samarinda la plak.. huhu…okeh sambung story aku tu..


lepas pada kejadian tu aku blk la umah dengan keadaan aman skali. mcm bese la esok g skol menjalani kehidupan sebagai penjawat awam..hukhuk.. hal semalam yang aku sound budak2 tu mmg lansung aku lupe trus.. taknak amek port trus. time nak balik tu bl pg jerk kat bonet depan kete aku tgk dah calar balar.. terguris gle hati bl tengok kete jd gtu.. automatik aku terbayang budak smlm yang aku sound tu,, kompem keje budak2 tulul tuh… hati aku rase mcm tak best jerk. trus aku tgk bahagian lain..


DSC04706

bonet depan hasil seni dari budak2 tingkatan 2


arrghhh..

fender kiri.pintu depan belah kiri n pintu belakang belah kiri pun calor gak?? vavi gile budak2 nih.. da dalam lak tu.. makin dalam la hati aku terguris….


DSC04705 lagi hasil seni



agak2 korang la bila tengok kete korang kene camni, pe korang rase?? aku pun trus report kat cikgu disiplin untuk cari budak2 tulul 2 ekor tu… dan hasil dari kerjasama guru2 akhirnya budak tu mengaku gak… itu pun lepas buat kawad cam..GRRRR..

DSC04713

calar pakai batu lagi..


lepas guru disiplin ambik keterangan budak 2 ekor tu, beliau telefon la mak bapak budak ni untuk membincangkan kes tersebut. keesokan hari mak bapak budak tu pun datang la ke sekolah.. mak bapak budak yang sorang tu memang kerek abis,.. style tak ley trima kenyaataan yang anak die wat kes kat skolah.. cet.. die siap tak puas hati lagi dengan pengurusan sekolah sebab anak die cite pihak sekolah menggunakan kekerasan masa soal siasat die.. sial nye budak.. padahal cikgu siap tanye lembut2 lagi..tak guna kalau nak guna kekerasan kat budak camnih..kang kete cikgu len lak yg calor…

DSC04704

yang ni da macam kepala kuda


alahai mak bapak budak nih.. sian tul aku tgk bile nak tegakkan benang yang basah.. dah terang2 anak korang mengaku nak ckp pe lagi. lagi mau tuduh cikgu yang salah. mmg patut la klu anak korang bodo bab mak bapak pun da bodo abis.. (hati kecil ku berkata)


budak yang sorang lagi tu pe cite lak? erm cuma mak die jerk yang datang.. ayah budak tu lumpuh lepas mengalami kemalangan. baru jerk lumpuh lak tu.. sian lak aku dengor..tapi anak die tak kesian ker kat mak bapak die?? takkan dengan teguran jerk korang nak wat tindakan yang bodo??

p/s:: kesimpulan dari cite aku tu ialah sampai skang takde kptsn sebab nye dua2 keluarga mmg takde duit nak bayar.. minggu depan bru nak buat perjumpaan skali lagi. lagipun kete aku da spray sendri pun. abis la rm400.

Thursday, April 8, 2010

anak bodo.. ayah pun bodo..

assalamualaikum..


entri ini untuk lepaskan geram yang terpendam.. hahaha.. ntah la rase penat aku buat baik dah. tapi org wat jahat kat aku gak…..ni lah pelik nya perangai manusia.huh..


kes ni da dekat 4bulan da jadi kat skol aku keje. sampai skang lom gak settel2. sebagai tech kat skol tu mmg aku tak penah nak cara lansung pasal budak2 nih.. yang aku taw setelkan keje yang berlambak kat skol tu.. nak di jadikan cite ade la 2 org budak ni koyakkan banner skolah depan mate aku. banner tafsiran ayat Al-Quran tu... pe lagi aku sound la. alah sound pun still lagi berlapik bkn nye nak menyumpah seranah.


aku tanye dieorg ni leklok asal lak korang koyakkan bannyer tu??


DSC04708

bahan bukti. banner yang menjadi mangsa


selamber badak jerk dieorg cakap banner tu da koyak..huh mmg aku hangin. depan aku kot. menjawab tul budak2 skang nih... tp bl pikirkan budak2 lagi aku pun blah pg sambung kerja aku.. sket pun aku tak wat report kat cikgu disiplin. tu pun da kire baik tu..


so agak2 korang la kan ape budak2 tulul tu buat n ape yang terjadi pastu ??


angry

Tuesday, April 6, 2010

TAG!!! aku kene jawab….

thankz to wanie yang merajinkan diri mengTAG kan diri ku.. dapat award lagi tu..bangga aku.… toce2… so siap sedia la 10 calon yang akan di tag kan yerk..

Award5

soklan cemas yang mmg mengcemaskan aku..

1. apa yang anda akan buat bila anda tahu memberganda tikam belakang anda?

tinggalkan jerk org macam tu.. ramai lg mmb len yg nak aku kawan.. isk2

2. 6 org di hati anda ?

~ Maha ESA

~ Seluruh Keluarga encik ibrahim!!

~ izzatul liana mohamed

~ budak-budak galim kem.

~ rakan2 seperjuangan di SMKTA dan geng blogger

~ Laptop n iphone aku….. (orang gak ker??)

3. anda rasa anda comel ?

~ape yang korang rase tu la yang aku rase.. haha


4. single or taken ?

~single but not available but if broken consider sold…wink2

5. blog yang anda suka ?

~ yang sedap mate memandang…. takde la dok gosok mate sampai pedih.. haha

6. adakah bilik anda kemas setiap hari ?

~ bgn tido pun da lmbt ade hati nak kemas bilik.. time balik keje sambung wat sepah.. haha

7. lagu terakhir yang anda dengar ?

~kris allen – live like we dying

8. last text message ?

~ ucukkkk………

9. last phone call ?

- awek aku tepon membebel pasal mmb die mrh die.. hahaha.. mcm2

10. hari terakhir anda menangis ?

- Malam semalam .. tiap kali tido lewat mesti berair mate. adus…

11. list lima faberet colour anda .

~ hitam, putih, biru, merah, pink …>_<….

12. orang terakhir anda ber"ym" ?

~lame x on YM nih.. skype ley?

13. game yang anda paling suka ?

game kat iphone aku.. yeah2.. senget2 kepale… hahahaa

14. adakah anda peminat MCR ?

my chemical romance?? os cos la…

15. apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?

nak jawab jujur ke tipu2… nasib aku jawab ngan jujur.. lalalala


16. anda rasa tag ni best ?

~mengisi kekosongan time takde odea nak wat post. heeee

17. tag lagi 10 orang .

~ miss diila, ferozz, mario, fadzihani, dex, sarah, diabella, nardnerd, isza, alya

selamat menjawab yerk semua.. hehehe..

Saturday, April 3, 2010

Jom ke dapur

 

Ok geng hari sabtu nih bgs untuk aku menolong mak aku di dapur.. lame da tak memasak..skill masak pun da makin tumpul,. pagi2 lagi da ke pasar mencari ayam…so pe lagi jom ke dapur eh..bkn senang nak tgk aku masak nih..ngeeee

IMG_0239

apron da pakai.. ape lagi….jom2

Menu ari ni ialah ayam masak cili api k.. wahh best2.. klu aku yg masak lagi best dari chef wan.. tq kat umie bab sudi menurunkan ilmu memasak kat aku.. heee bab kate org tua2 tu untung dapat laki pandai masak cam aku ni..wakaka…

 

Okeh jom tgk pe aku aku buat kat dapur tu..

IMG_0224 IMG_0228

Pagi2 da bangun nak g pasar cari ayam,…  pe lagi kene la basuh n potong2 dulu eh…

 

IMG_0229 IMG_0227

Untuk bahagian tumis ni bahan2 die…da tumbuk seme bahan tu pe lagi masukkan da dlm santan yang da tersedia dlm periuk tu…

IMG_0226 IMG_0234

Okeh next step masukkan kunyit untuk kasi kuning sket.. br la gulai lemal cili api namenyer.. hidupkan api pastu masukkan ayam yang dah dbersihkan…time ni bau die pun da wat ketor badan.. lapo2… >_<

IMG_0242  IMG_0245 IMG_0246

Ok tgk tu da gelegak dah.. ketuk la serai tu dan masukkan serai dan nak kasi masam skit letak la asam keping sket….ok ley la masukkan garam, ajitakdemoto dan gula secukup rase… da siap gulai kite..

 

Ok nak kene masak ikan n sayur campur la plak.. letih aku arini kene dera ngan umie aku.. haha.. jom kite tgk jom…

IMG_0248  IMG_0250 IMG_0251

Gaulkan kunyit n garam kat ikan tu.. bl minyk da panas pe lagi tirupkan ikan tu dlm kuali… bkn men gembira lg ikan tu masuk kuali…haha

Sayur tu lak yang paling senang nak masak.. lagi senang dr masak megi,,,siyes2 aku ckp..potong sayur, bawang putih n merah,. mula2 tumis bawang tu dulu pastu untuk lagi menarik letak la udang 4-5 ekor.. tumis skali pastu masukkan sos tiram dan air setengah cawan yer.. letak sayur pastu yang last skali letak garam n ajitakdemoto secukup rasa.. siap la tugas aku di dapur yer.

IMG_0252  IMG_0253

Okeh tu la menu tengahari aku..jom makan seme… hikhik…. ciaoo..