rss
email
twitter
facebook
Showing posts with label bebelan pepijoe. Show all posts
Showing posts with label bebelan pepijoe. Show all posts

Monday, June 7, 2010

minggu yang sibuk 2

salam geng pepijoe..

dalam sibuk2 nih dan lagi cilok2 nak wat post baru..heehee bab rs mcm da lame sangat da tak menaip.. gian lak rase. korang yang datang blog aku ni pun mesti da bosan bace cite aku kene tindih tu kan. kuikui..

minggu nih da start cuti sekolah dan tinggal la aku kat sekolah sorang bab aku bukannya cikgu okey.. banyak gile laptop n pc nak kene repair .. technician la katekan..

ade 2 berita gembira untuk aku bulan nih…

 

1. aku dapat sambung e-pjj degree kat uitm shah alam

pjjklik untuk pertumbuhan yang nomal..

  • IS221 - ( F - FLEXIBLE LEARNING PROGRAM )

    SARJANA MUDA SAINS PENGAJIAN MAKLUMAT (KEPUJIAN) (PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT)

  • kene pegi reg lak 20.06.2010 nih
  • mane nak cekau duit yuran nih
  • yeah dapat gak sambung lagi..alhamdulillah..

2. nuffnang aku da lebey rm50.. hahaha…


nuff

klik untuk pertumbuhan yang nomal..
  • dah bape bulan jadi blogger baru la ley cashout..
  • sape suruh malas nak BW.. (bz actually)
  • tq kat korang yang sokong aku..
  • ermmm nak amek ker nak simpan dulu erk duit nih??

 

p/s:: kene wat derma kilat untuk aku taw.. huhuhu

Wednesday, June 2, 2010

aku kene tindih

ok kali aku nak kongsi pengalaman aku ngan korang pasal kene tindih time tido. korang penah kena tak? kalau aku sendiri memang da banyak kali kena tindih ni..Oopss.. tapi still lagi teruna.. wo0o0o… 1st time kene tindih ni memang menakutkan sampai tukut nak sambung tido balik.. sudahnya esok memang ngantuk bab tak cukup tido.. takuttakut… apabila kita kene tindih ni badan terasa kaku dan tak boleh nak buat ape2 pun… nak menjerit pun tak terkeluar suara.. tul tak? penah sekali aku nak bukak mata bab nak tengak ae yang tindih aku tu tapi tak dapat..ceh macam berani jerk buat gitu…  hee

tindih2 kalau yang macam ni tindih ape la yang korang buat erk? haha

banyak cerita yang kita dengar bahawa yang menindih tu adalah makhluk halus tak kira la hantu, jin, syaitan ataupun orang itu sendiri.. hee.. dan ada juga yang menyatakan bahawa sebabnya kita rs tertindih itu adalah pengaliran darah dalam tubuh badan tidak sempurna..

tindih

ok kat sini aku ingin berkongsi ngan korang pasal kena tindih dari sudut perubatan moden yang telah menjalankan kajian..  ni pun aku google lepas aku kene tindih minggu lepas.. dasyat2.. 

 

Sleep-paralysis-causes

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila tim e2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).
Ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.... otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone)......
ok, otak kiter pun ader switch off button.... dipanggil reticular activating system RAS...... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate...
So, bila kita bangun, RAS switched on balik...... kita sedar fully awake state.... tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar....
Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full.. kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.... dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1.      tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2.      jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3.      sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)
4.      stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2
5.      pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal.... heheh extreme sgt contoh aku ni)
6.      orang yang ader penyakit narcolepsy

 

p/s:: trima kasih pada halaqah.net..

Tuesday, May 25, 2010

crocs ade kalimah ALLAh??

salam geng  pepijoe..

mungkin korang penah dengar pasal ni kan? pepijoe nak bincangkan kat sini bersama korang semua.

29059_129329957083135_100000183943222_364037_3361842_n ni logo yang di sambungkan menyerupai kalimah ALLAH

banyak rumours  yang menyatakan bahawa logo crocs ni ade persamaan dengan kalimah ALLAH dan yang pastinya crocs ni skang mejadi kegilaan para kanak-kanak, remaja dan jugak orang tua kat malaysia ni. aku pun ade sepasang.. tapi betul ke dakwaan ini ataupun ia hanya lah persamaan yang tidak disengajakan?

crocs_logo yang ni logo ori… ade persamaan ker? tak kot.

bagaimana pulak dari logo seekor buaya yang tersenyum macam nih boleh disambung-sambungkan menjadi kalimah ALLAH? klu sekali tengok mamang macam ada tapi kalau diperiksa dengan teliti adakah ia sama? pepijoe rasa tidak sama sekali.

hal ni same jugak macam kes coca-cola dulu kan. ingat tak?

mungkin hal ni wujud untuk mengotori cara pemikiran kita. apa yang jelas macam mana la huruf alif pun takde boleh diletakkan kat situ. kadang-kadang orang kita ni terlalu mengambil berat isu yang remeh temeh macam ni tapi bila hal yang wajib boleh pulak dipandang remeh..

 

p/s:: jangan mudah percaya dan jangan cepat melatah..

Thursday, March 25, 2010

iphone yang cam best!!

Tiap kali lalu depan Maxis centre pasti aku duk jeling banner IPHONE 3Gs kat depan pintu maxis tu…. bestnyer kalau aku dpt pakai tepon tuh.. hahaha… aku ni memang pantang kalau nmpak gajet canggih n cun nih.. kalau masuk  maxis centre pun kompem aku  test drive dulu tepon tuh.. sampai tahap gitu skali.. bile tenggk ke harga tepon tu niat nak amek trus layu..mahal  gile.. ley dpt notebook sebjik tu…

iphone3gs

Tiap-tiap hari duk tengok kat youtube n jejalan kat forum bab nak tahu lagi detail pasal tepon tu.. kemaruk pe da aku nih…. ilmu tu tak salahkan kalau nak belajarkan?? huhuuhuu

Akhirnya aku mengalah dan membeli iphone 3Gs 16G  prepaid plan di maxis centre sebab taknak komitmen dengan postpaid.. Terbang RM2490.. seharian aku duk belek2 duk tenung2 sampai nak tembus iphone tu.. isk2 jakun tul aku time tu… ye la 1st time beli gajet mahal dlm hidup aku…..haha 

iphone3gs_all  set Iphone 3Gs

 

Ok kali ni aku nak kongsi info serba ringkas tentang iphone ni..

 

1. Design

iPhone 3GS :

Full touchscreen dengan skrin yang lebar dan sangat sensetif.. Tidak menggunakan stylus @ pen kerana ia mengesan haba pada jari.. tak ley pakai kuku la yer. :P hati-hati sabab banyak iphone clon dari china yang mcm hampeh functionnye. rekabentuknya moden membuat org terpikat. Berat Iphone 3Gs  adalah 135g

 

2. Display

iPhone 3Gs :

IPhone ini memiliki layar 3,5 inci dan resolusi 320 x 480 piksel. skrin yang
mampu menampilkan 16juta warna.. keseluruhannya iphone mempunyai skrin
yang sangat baik dan kaya warna, selain itu ia dipasang  LCD screen yang cun.

 

3. Keyboard

iPhone 3GS :

Tidak menggunakan keyboard seperti kebanyakan telefon kerana memiliki virtual keyboard. memiliki function auto correction dimana ia akan membetulkan ejaan yang salah.

 

4. Memory capacity

iPhone 3GS :

Memiliki 2 pilihan memori storage dalaman iaitu 16Gb dan 32Gb dan tidak ada slot untuk memori luaran (memori kad)

 

5. Sokongan

iPhone 3GS :

Memerlukan sokongan pada itunes dari apple application store untuk memuat turun segala aplikasi dan games samaada yang berbayar mahupun yang percuma. sistem itunes ini juga bertujuan untuk kita menyusun dan menyimpan (backup) data yang ada ke pc ataupun notebook.

 

6. Connectivity

iPhone 3GS :


Iphone ini mampu berkomunikasi melalui jaringan GSM Quad Band dan menyokong
frekuensi pada 850/900/1800/1900. Juga menyokong 3G HSDPA dengan
frekuensinya dari 850/1900/2100 band. Kepantasan HSDPA up to 7,2 MBps.
Plus tambahan WiFi. Juga dapat terhubung dengan port USB dan Bluetooth
A2DP.  menggunakan enjin carian safari. yang ini memang aku tabik spring. superb speed.

 

7. Speed

iPhone 3GS :


Menggunakan prosesor ARM Cortex A8 dengan clock speed 600Mhz sebagai
otaknya dan PowerVR SGX sebagai graphicnya. Dan simbol S pada iPhone
3GS dan S itu adalah singkatan dari Speed

 

8. Camera

iPhone 3GS :

Memiliki kamera 3.15 Mp dengan autofokus, touchfocus dan fasilitas geotag.
Kemampuan merakam video sudah mendukung resolusi VGA 30 fps. Tidak ada
lampu flash seperti mana model telefon lain...

 

9. Keseluruhannya

iPhone 3GS :

Secara keseluruhan, iPhone 3GS jauh lebih baik dari versi sebelumnya, iPhone
3G. Sememangnya  iPhone 3GS menjadi smartphone high end dan mewah (selain harganya yang memang mahal sampai toke cini pun tak brani nak jual ). sebagai salah seorang pengguna iphone aku mengakui ini adalah telefon yang benar-benar hebat dan memenuhi citarasa sesiapa yang menginginkan kepantasan berinternet.

 

DSC00457Muke ske dpt gak tepon yang wat aku jd angau….  :P

 

Tuesday, March 23, 2010

Jatuh Cinta

hye blogger….

Dalam seminggu ni aku ngadap blog nih ,mencari ape lg yg tak kene ngan blog aku ni dan ape lagi nak buat untuk wat lagi gempak (cewaHH cam bgs jerk statement)..

Ari2 pegi blogwalking kat blog2 korang untuk cari sumber inspirasi baru..huuuhhhuu :P sedikit sebanyak dapat jugak la idea tapi belum boleh post lagi sebab nak belajar lagi banyak… selepas berjalan n merantau2 dari 1 blog ke blog yg lain br aku taw rupe2nyer skop untuk penulisan blog ni banyak dan besar.. bergantung pada idea kita sendiri camner nak mencorakkannya..

blog1

Ade blogger yang meluahkan perasaan(jiwang habis nih), ade yang memberi tips2 yang berguna untuk kita semua (otai), ade yang promote produk masing2 (bisnes nye org), ade yang wat untuk medan muat turun(ni yang aku ske) dan banyak lagi…semua bergantung pada diri kita sendri..

Blog nih boleh dapat duit ker??

Ramai yang tanyer soklan ni aku.. dan dengan selambe nyer aku jawab BOLEH.. huhu.. aku yg newbie ni pun masih lagi nak belajar mende2 ni seme…. mana taw untung sabut timbul kan…secara asasnya dari pemahaman aku sendiri kita blh menjana pendapatan sampingan dengan meletakkan iklan-iklan pada blog kita… syarikat pengiklanan yang amat la femes nyer adalah nuffnang dan innity…..baguskan…. sambil online sambil cari pendapatan sampingan.. jgn lupe klik yer…

Dah bnyk otai2 blogger menceritakan tentang hal ni dan klu nak faham lagi lanjut rajin2kan google kat blog2 yer….

Rase mcm da jatuh cinta jer ngan bolg.. hehehe…. papepun sebagai pendatang baru aku berterima kasih pada kak dahlia and the geng sebab bnyk bantu aku.. thank all…

p/s:: jth cinta pada klik klik klik…. :P