rss
email
twitter
facebook

Thursday, May 20, 2010

Ubat Hati

HATI.

Adalah seketul daging yang baik

Dia juga seketul daging yang busuk

Bila baik hatimu maka baiklah kamu

Bila jahat hatimu maka jahat lah kamu

Ubatkan hatimu dan bersehkan hati mu

Supaya kamu menjadi hamba ALLAH yang berhati-hati

Jika tidak kamu akan berbuat sesuka hati

INGATLAH.

Hati adalah Raja kepada tubuh

Memiliki Raja yang adil

Supaya sejahtera sekalian rakyat

Jangan sekali sekali berajakan Raja yang zalim

Nanti chelaka dan binasa Rakyat jelata

Bila berseh hatimu berseh hatimu dan tenang fikiranmu

Bila sehat hatimu sehat tubuhmu dan sehat perbuatanmu

INGATLAH

Selagi hatimu kotor selama itulah kamu menggemari perkara keji

Selama mana hatimu berpenyakit.

Selama itulah kamu merasa sakit dengan hawa – dengan maklok dengan dunia dan setan

Dan merasa senang dengan mungkar mungkar.

Itulah alamat hatimu kotor dan berpenyakit – itulah juga alamat kamu orang chelaka

Shulalkhatimah iayahuzubillah.

Hiaskan Wajah hatimu dengan sifat sifat yang terpuji

Kamu akan dipuji oleh ALLAH.

Jangan mencari kebencian dan kemarahan ALLAH dengan hati yang berseh

Dan dengan amalan yang soleh

Kamulah orang yang berbahagia dunia dan akhirat

Bila kamu semua berhati berseh – kamu akan mengirim Fatihah untok-ku.

 

 

p/s:: ini adalah peninggalan wasiat daripada arwah ayah kepada rakan sekerja pepijoe dimana arwah ayahnya telah meninggalkan nasihat ini untuk anak2 nya.. al-fatihah untuk allahyarham..

8 comments:

melatidaisy said...

salam,

alfatihah utk Allahyarham..hati ialah kerajaan diri,hati yg bersih dapat menakluk diri mengikut acuan Ilahi. =)

akuvision said...

jagalah hati jangan dikotori

pijoe said...

hati yang tercemar susah untuk dibersihkan.

kartunmania said...

Nasihat yang menyentuh hati, terima kasih...

Salam kenal

AesyaZealous said...

baik punya nasihat. slm kenal

Nuraisyyah said...

ermm..tringat lagu kumpulan hijjaz..jagala hati..usah dkotori.......(continue)..hehe..


hmmm..btw, nasehat yg mnyentuh rase hati..
takziah buat sahabat anda..

Mario said...

al-Fatihah utk Allahyarham...
thanks sbb berkongsi kata2 beliau

qellissa said...

alfatihah utk arwah, hati yg bersih membawa kepada segala perbuatan yg baik begitu juga sebaliknya..semoga hati2 kita dijauhi dr segala kekotoran..=)

Post a Comment